Taburan dan Habitat Kura-kura katup Amerika

Taburan empat spesies Terrapene

Kura-kura katup Amerika ini berasal dari Amerika Utara. Taburan terbesar Kura-kura katup Amerika adalah dari Amerika Syarikat (subspesies carolina, major, bauri, triunguis; Bahagian tengah dan selatan Amerika Syarikat, timur Amerika Syarikat, dan selatan Amerika Syarikat) dan Mexico (subspesies yukatana dan mexicana; Semenanjung Yucatán dan bahagian timur laut). ornate box turtle pula berasal dari tengah dan barat daya A.S. (dan bersempadan Mexico) manakala spotted box turtle hanya dijumpai di barat laut Mexico sahaja. Coahuilan box turtle hanya dijumpai di Lembangan Cuatro Ciénegas (Coahuila, Mexico).[2]

Habitat

Habitat Kura-kura Katup Amerika ini tidak tetap. Terutamanya kawasan berhutan. T. ornata hanya dijumpai di kawasan padang berumput, namun subspesiesnya, desert box turtle juga dijumpai di kawasan separa gurun dengan taburan hujannya pada musim panas. Lokasi Coahuilan box turtles dijumpai merangkumi 360 km2 kawasan berpaya, dan mempunyai makanan seperti kaktus.

Apabila tiba musim hibernasi, kura-kura katup ini akan menuju ke dalam hutan, mengorek lubang bagi menghadapi musim sejuk. Ornate box turtles menggali sehingga 50 cm dalam, sementara Eastern box turtles pula hanya 10 cm sahaja. Lokasi hibernasinya merangkumi 0.5 km daripada habitat musim panasnya. Kura-kura katup di kawasan selatan, lebih aktif seperti T. coahuila dan T.c.major'. Manakala kura-kura katup lain yang mendiami kawasan panas lebih aktif (T.c.yukatana) atau hanya aktif semasa musim hujan.[9]

Evolusi

Menurut rekod fosil, kura-kura katup muncul secara mendadak dalam bentuknya seperti sekarang. Dari segi morfologi fizikal tidak terdapat perubahan evolusi, lantas menunjukkan ia adalah spesies umum.[4] Maka rumit untuk menerangkan mengenai perubahan fizikalnya melalui proses evolusi. Walau bagaimanapun, fosil kura-kura katup tertua yang dijumpai adalah di Nebraska (Amerika Syarikat), yang berusia 15 juta tahun dahulu (pada era Miocene)[4] dan menyerupai spesies T. coahuila, juga menunjukkan bahawa moyang kura-kura katup ini juga bersifat akuatik. Spesimen fosil T. ornata dan T. carolina yang berusia sekitar 5 juta tahun dahulu menunjukkan keturunannya juga semakin berkembang semasa era Miocene tersebut. Sau-satunya subspesies yang pupus (T.c. putnami) yang wujud pada era Pliocene mempunyai karapas yang lebih panjang, 30 cm (12 in), berbanding spesies-spesies yang lain.[4]

Rujukan

WikiPedia: Kura-kura katup Amerika http://www.boxturtles.com/ http://greenanswers.com/blog/254326/service-dogs-f... http://law.justia.com/kansas/codes/2009/chapter73/... http://www.nbcwashington.com/news/local/Virginia-H... http://www.in.gov/dnr/fishwild/3326.htm http://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?se... http://www.sos.mo.gov/symbols/symbols.asp?symbol=r... http://www.boxturtlesite.info/ http://nlbif.eti.uva.nl/bis/turtles.php?selected=b... http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta...